Akhirnya 'Datin' Zalim Yang Dera Amah Berjaya Dikesan


POLIS sudah berjaya menjejak wanita bergelar ‘Datin’ yang lesap selepas mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya untuk memastikan dia hadir ke mahkamah dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, usaha menjejak wanita itu dimulakan sejurus mendapat notis daripada pihak mahkamah, bagaimanapun tidak mendedahkan bila notis berkenaan diterima dan lokasi wanita itu.

"Kita guna kaedah tertentu untuk menjejaknya dan dia sudah beri persetujuan untuk hadir ke mahkamah.

"Jangan tanya bilakah dia akan ke mahkamah, tetapi Insya-Allah dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Ditanya mengenai status gelaran ‘Datin’ wanita itu, Mazlan berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan wanita terbabit mempunyai gelaran berkenaan.

"Sepanjang proses siasatan, wanita itu tidak pernah pun menyebut yang dia mempunyai gelaran Datin.

"Anda yang menggelarnya sedemikian," kata Mazlan.

Kelmarin, Rozita Mohamad Ali, 44, dan penjaminnya, gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang mengendalikan prosiding berkata, pihaknya sudah cuba mengesan Rozita dan penjaminnya di beberapa lokasi sejak Selasa lalu untuk menyerahkan notis untuk hadir ke mahkamah, namun gagal.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 29 Mac ini.

Mahkamah turut memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk mengesan wanita itu.

Semalam, media melaporkan wanita terbabit juga sudah disenarai hitam untuk ke luar negara atas arahan mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan wanita itu dipercayai masih berada dalam negara.

"Semakan dalam sistem mendapati dia masih berada dalam negara.

"Atas arahan mahkamah, dia tidak boleh meninggalkan negara ini kerana pasportnya sudah disenarai hitam," katanya.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun terhadap Rozita atas pertuduhan itu, selain membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Suri rumah itu sebelum ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh, namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Bagaimanapun, pelbagai pihak tidak berpuas hati, termasuk Pejabat Peguam Negara yang turut memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu lebih 70,000 individu menandatangani petisyen menerusi laman sesawang Change.org setakat ini yang menuntut hukuman lebih tegas.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju, yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa.

Sumber: BH Online
Read more

Pendatang Baharu Jangan Nak "Diva" Sangat... Tegur Nora Ariffin


KUALA LUMPUR: Penyanyi Nora Ariffin yang pernah popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema menasihatkan pendatang baharu dalam bidang seni agar tidak bersifat 'diva' atau sombong sekiranya mahu kekal dalam persada seni.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 44, yang telah menghasilkan lebih 10 album sejak 1994, turut menasihati penggiat seni muda supaya sentiasa ikhlas dalam berkarya dan merendah diri.

"Penggiat seni terutamanya kalangan orang muda perlu ikhlas berkarya demi mengasah bakat dan menonjolkan kemahiran yang kita ada. Jangan 'bajet' bagus (jangan perasan)," katanya.

Menyentuh mengenai single terbaharunya Ada Dalam Tiada ciptaan Sirkhan dan lirik oleh Habsah Hassan yang khas didedikasi buat arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, katanya ia bakal dilancarkan pada bulan hadapan.


Nora bakal tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.

"Kita sedang dalam proses perancangan untuk merakam muzik video bagi lagu ini yang sudah mendapat sambutan daripada peminat dan pihak media,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan.

Lagu Ada Dalam Tiada yang menceritakan perasaannya setelah kehilangan suami tersayang pada tahun lepas itu turut dimuatkan ke dalam album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi yang bakal dilancarkan.

Album tribute itu memuatkan koleksi lagu ciptaan arwah yang dinyanyikan penyanyi terkenal tanah air antaranya oleh Datuk Sheila Majid, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Siti Nurhaliza.

Pada asalnya ia merupakan perancangan arwah komposer terkenal itu untuk diterbitkan pada tahun lepas, namun hasrat itu tidak kesampaian.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata beliau bakal dilantik sebagai duta bagi sebuah jenama produk terkenal dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - BERNAMA

Sumber: Mstar Online
Read more

Misteri Rangka 'Alien' 6 Inci, Tengkorak Aneh Akhirnya Terjawab.!! Rupa-rupanya..


KEBENARAN di sebalik rangka berukuran enam inci yang pernah dianggap sebagai makhluk asing atau alien telah ditolak oleh saintis.

Dinamakan Ata, rangka itu yang ditemui pada tahun 2003 di Atacama, Chile, menjadi tajuk berita utama kerana tengkoraknya berbentuk aneh dan mempunyai 10 tulang rusuk.

Ata ditemui dalam sarung kulit di gereja yang ditinggalkan, mencetuskan kebingungan ramai penduduk setempat pada masa itu.

Ia kemudian dikaji oleh seorang kolektor dari Sepanyol yang mula membuat spekulasi ia adalah bentuk hidupan asing kerana tulangnya yang luar biasa.

Akhirnya, selepas lima tahun menjalani analisis teliti, saintis telah mendapat jawapan mengapa rangka itu mempunyai beberapa mutasi.

Ujian di Universiti Stanford, San Francisco dan University of California mendapati ia adalah rangka bayi yang meninggal dunia 40 tahun lalu.


Paparan skrin video di Youtube.

Dia dikatakan mempunyai beberapa keadaan genetik yang mengganggu pertumbuhannya, dikaitkan dengan orang kerdil dan gangguan tulang yang lain.

Rangka itu dianggap sebagai bayi pramatang atau seseorang yang meninggal selepas dilahirkan.

Garry Nolan, seorang profesor mikrobiologi dan imunologi di Sekolah Perubatan Universiti Stanford, percaya penyelidikan mengenai Ata mungkin satu hari akan memberi manfaat kepada pesakit.

Dia boleh memberikan beberapa petunjuk untuk membantu manusia yang mengalami masalah pertumbuhan tulang atau orang yang mengalami patah tulang yang teruk.

Dia mula meneliti kesnya pada 2012 apabila seorang rakannya berkata dia mungkin telah menemui alien.

Bercakap kepada Guardian, dia berkata: "Dia sangat tidak sempurna kerana tidak dapat makan. Dalam keadaannya, dia akan berakhir di ICU neonatal, tetapi berdasarkan di mana spesimen itu ditemui, ia tidak seringkas yang difikirkan."

"Walaupun ia bermula sebagai cerita tentang alien dan mendapat liputan antarabangsa, ia benar-benar merupakan cerita tentang tragedi manusia," katanya. -TheGuardian

Sumber: Mstar Online
Read more

‘Poligami Tak Salah, Yang Salah Bila Tamak..’ - Datin Red


Umum mengetahui bahawa Datin Syarifah Nor Shafila atau lebih mesra dikenali sebagai Datin Red sedang menjalani kehidupan bahagia bersama Dato’ Red walaupun berita tentang perkahwinan suaminya dan penyanyi terkenal, Adira pernah mencetus kontroversi suatu ketika dulu.

Terbaru, Datin Red telah memuatnaik satu status menyelar mana-mana pasangan yang berpoligami untuk sedar akan hakikat sebenar dalam hidup berkongsi kasih suami.

‘Poligami tak salah, yang salah bila tamak..’


Menerusi status tersebut Datin Red mengingatkan bahawa hidup berpoligami itu tidak boleh dipersalahkan sebaliknya mereka yang tidak sedar akan hakikat perkongsian kasih inilah sebenarnya yang patut dipersalahkan.

‘Bini pertama kena berguru dengan you..’


Netizen nampaknya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datin Red dan mencadangkan agar wanita lain yang dimadukan belajar dengannya agar tidak terlalu berlemah lembut dalam situasi seperti ini.

‘Suami orang lagi laku dari bujang..’


Ada juga pengikut Datin Red yang hairan tentang trend semasa dimana wanita-wanita kini lebih gemar mengejar mereka yang berstatus suami orang. Steady datin! Kongsi suami pun bahagia kalau kena cara kan?

Sumber: Ohbulan
Read more

"Tambah Tak Apa, Jangan Buang Isteri". Pedas Betul Komen Datuk Red Mengenai Penceraian Ude Dan Intan..


PETALING JAYA: Ushawan dan suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu yang melalui kehidupan berpoligami menganggap perceraian bukanlah jalan terakhir bagi sebuah rumah tangga yang bermasalah.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40, berkata, nasib dan masa depan anak-anak adalah perkara utama yang perlu difikirkan jika terjadinya keruntuhan rumah tangga.

Dia yang pernah mengalami situasi tersebut pada perkahwinan pertamanya mengakui menyesal dengan tindakan kurang matang dilakukannya.

"Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat memedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.


Datuk Red berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015.

"Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata.

"Kalaulah ada mesin yang boleh ulang masa saya sanggup beli mahal macam mana pun, sekarang prinsip saya biar tambah isteri, jangan buang isteri," ujarnya kepada mStar Online.

Adnan pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian iaitu setahun sebelum berkahwin dengan Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red.

Pada perkahwinan pertama itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.

Selepas dengan Datin Red, Adnan memilih Adira sebagai isteri terbaharu.

Adnan meluahkan pendapatnya terhadap tindakan pemuzik Ude menceraikan isterinya Intan Liana Saleh dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pagi Khamis.


Ude menceraikan Intan dengan talak satu pagi Rabu.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Sementara itu, Adnan menasihatkan Ude agar tidak melepaskan tanggungjawab dan bebanan anak-anak di bahu bekas isterinya.

"Saya benci kepada perkataan cerai tapi saya akui jodoh pertemuan itu Allah sudah tetapkan, mungkin jodoh mereka sampai sini tapi nasihat saya tolong jangan abaikan anak-anak.

"Saya seorang yang sayangkan anak-anak, bila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga saya akan fikir anak saya dulu, jangan fikir diri kita sahaja," ujarnya.

Tambahnya, dia juga sudah menasihati isteri-isterinya agar tidak sesekali mengungkapkan perkataan cerai jika berhadapan masalah.

Banyak cara lain yang boleh mengelakkan berlaku perceraian dan berbincang adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik.


Ude berkahwin dengan Izreen pada Ogos lalu.

Bercakap tentang kecaman netizen, Adnan berkata, ia adalah risiko yang diambil selepas mengambil keputusan berkahwin dengan selebriti.

Namun, katanya, ia terpulang kepada seseorang individu itu untuk mengawal situasi agar tidak memberi kesan kepada rumah tangga yang dibina.

"Nak cakap pasal tekanan netizen itu adalah cara kita mengawalnya, dia memilih untuk berkahwin dengan artis dan tahu akibatnya," ujarnya.

Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017. Bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red, mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Sumber: Mstar Online
Read more

Baru Berusia 17 Tahun, Jasmin Hamid Tak Sangka Wajah Kacak Anaknya Iaitu Ian Haziq Macquistan Jadi Viral!


Pelakon Jasmin Hamid tidak penah menyangka anak bongsunya, Ian Haziq Macquistan cepat ‘memancing mata’ ramai hingga wajah kacaknya itu mulai menjadi viral menerusi media sosial.

Bercakap kepada MH, Jasmin berkata, mungkin kerana sebelum ini dia ajak jarang untuk berkongsi wajah anak-anak membuatkan ramai memberikan reaksi sedemikian.


Malah, instagram anaknya yang menggunakan akaun @ihmian juga sudah mempunyai pengikut hampir 11,000 dalam dalam masa singkat!

Ditanya apakah reaksinya sebagai ibu terhadap perkembangan tersebut, Jasmin yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian, Halalkan Hati Yang Kucuri itu memberitahu, sebagai ibu dia memberi sokongan penuh terhadap apa saja yang dilakukan anak-anak.


Apa yang penting, selagi apa yang dilakukan mereka tidak menjatuhkan air muka keluarga dan mengabaikan pelajaran.

“Sebelum ini anak-anak pun memang jarang expose, tetapi bila masing-masing sudah remaja, pastilah mereka turut mempunyai saluran media sosial masing-masing. Malah saya sendiri pun ada muat naik gambar bersama mereka yang sudah meningkat dewasa.

“Ian memang punya minat dalam lakonan dan saya nampak kecenderungannya itu. Bagaimanapun, dia baru berusia 17 tahun. Jadi sudah pastinya dalam dunia yang serba mencabar saya sebagai ibu perlu berinya garis panduan juga memandangkan dia masih awal remaja.

“Tak boleh terlalu bebas hingga boleh jejas nama keluarga sebab nanti akan beri impak buruk juga pada saya sebagai orang lama dalam industri.

“Saya kata ada nasihatinya. Kata saya, kalau minat dalam seni kamu perlu tunggu dulu. Habiskan pengajian dan dapatkan ilmu cukup-cukup. Kena ada ilmu dan tak boleh nak harapkan muka sahaja. Biar rupa ‘pergi’ seiring pelajaran,” akui Jasmin kepada MH.




Memang betullah apa yang dikata Jasmin. Sudah pastilah setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tapi memang wajah anak Jasmin ni komersial kan?

Sumber: Media Hiburan
Read more

‘Semua Orang Termasuk Family Fikir I Yang Goda Abang Ipar..’


Kisah sumbang mahram di kalangan keluarga bukanlah kes yang baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Namun, masih ada segelintir keluarga yang tidak memandang serius isu ini. Lebih malang apabila hanya satu pihak dipersalahkan tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu.

Seperti perkongsian ini, seorang wanita menjadi mangsa rogol abang ipar sendiri. Paling menyedihkan apabila keluarga mengganggap dia menggoda abang iparnya terlebih dahulu. Semoga kisah ini menjadi tauladan buat semua.

Trauma sampai sekarang


Ini salah satu kisah #stopperogoldalamrumah#stoprapistinthehouse yang paling tragis. Kisahnya lebih panjang tapi saya kongsikan ringkasannya.

Apa yg saya pelajari ialah, ibu ibu harus akrab dan sentiasa percaya kepada anak sekiranya mereka meluahkan yg mereka dianiaya, didera atau dirogol.

Wanita ini lalui apa yg dia lalui kerana tidak dipercayai. Hampir kesemua kisah yg DM farrah mengatakan mereka berdiam diri kerana takut tidak dipercayai. Anak anak harus tahu yg kita sebagai ibu akan percaya dan mempertakankan hak mereka.

Akhir sekali saya yakin dgn maklumat kita mampu memberdayakan anak anak kita utk berani. Ini antara usaha kempen ini

Kpd sesiapa yg setuju dgn cadangan kahwinkan mangsa dgn perogol, sila hadamkan kisah ini.

#ibubangundanbersuara
#timesup
#stopperogoldalamrumah
#stoprapistinthehouse
#shecouldhavebeensavedifsomeonehadbelieved

Orang ingat goda abang ipar


Still rasa sakit hati


Masih berkahwin dengan dia


Anak taknak dengar buruk pasal ayah mereka


Minta ibu jalinkan hubungan rapat dengan anak


Jangan terlalu berkeras dengan anak


Jiwa mereka sensitif


Jaga hal agama anak anak


Sumber : farrahadeeba via OHBULAN
Read more